Dalam post sebelum ni, wealth quadrant dah menerangkan pasal memahami Cashflow dan Networth.
Dari Cashflow dan Networth tersebut, kita akan nampak part mana yang kurang, kat mana kena optimize.
Memahami Wealth Quadrant in dan mengaplikasikannya dalam realiti adalah basic next step untuk rancang dan urus kewangan.
Dari interpretation wealth quadrant, kita akan faham beberapa perkara kita buat... Ada duit lebih, labur. Ada hutang, bayar dan urus. Tak ada takaful, ambil.
Persoalannya... Nak buat apa dulu? Betul?
So...
Dalam merancang kewangan ni, kita sentiasa nak tambah aset kita, kembangkan wang kita tapi kita kena faham akan ada risk yang akan mengancam perancangan kita tu.
Contoh...
Kita dah plan nak ada RM 1 juta dalam 20 tahun lagi...
Tapi...
KALAU kita kemalangan, kita tak mampu bekerja lagi... Macam mana nak cari duit untuk dapat sejuta?
KALAU kita meninggal... Apa yang kita tinggalkan untuk waris kita?
Jadi, Wealth Quadrant ni perlu digabungkan dengan Strategi Kewangan. Ada 3 tahap Strategi Kewangan yang perlu kita laksanakan. Ia amat penting supaya perancangan kita sustainable dan kita tak mudah putus asa.
Jadi... Kita kena protect perancangan kewangan kita melalui risk management. Cerita mudahnya... TAKAFUL. Ia berfungsi sebagai Wealth Protection.
Bila dah ada takaful, kita dah sedia naik Level 1.
Iaitu, kita kena bina savings kita.
Saving ni pula bukan bertujuan nak shopping. Bukan...
Saving ni, tujuannya sebagai safety net in case berlaku emergency yang memerlukan kewangan yang tak di-cover oleh takaful. Contohnya tayar pecah, deposit masuk wad, pagar rumah rosak
Saving ni pula, jangan semua dekat dalam akaun bank.
Simpan di tempat yang liquid dan semi-liquid.
Simpan la sebahagian dalam bank, sebahagian di ASB, ASN atau TH.
Simpan di tempat yang low risk dan saving at least 3 bulan gaji.
Bila saving dah cukup. Kita perlu naik ke Level 2. Sebabnya, kita dah ada duit lebihan selepas perkara asas iaitu Saving kita dah cukup.
Di Level ni, risikonya perlulah medium. Contoh, Unit Trust.
Dalam instrumen ni, bila kita invest ada risiko tapi medium. Ada masanya investment belum bagi keuntungan untuk beberapa tempoh. Maka, kita perlu sabar dan strategize.
Dalam level ni, nature dia adalah long term, timeframe dia maximum 5 ke 7 tahun.
Bila kita dah generate profit dari Level 2 ni.
Kita naik Level 3. High Risk.
Contohnya labur dalam saham.
Di level ni, duit yang kita guna tu sepatutnya bukan dari mana-mana komitmen kewangan kita. Duit tu adalah duit yang memang "free" yang mana kalau rugi pun, kita boleh terima dan tak menjejaskan mana-mana perancangan kewangan kita.
Bila kita faham, Level-level ni, kita akan faham, setiap instrumen yang ada dalam industry kewangan kita ni tak ada yang lebih baik dari yang lain.
Kita akan faham yang ASB bukan sentiasa lebih baik dari Unit Trust.
Saham pula bukan sentiasa lebih baik dari property.
Dan sebagainya.
Secara overall, kita akan faham perkaitan fungsi antara setiap instrumen kewangan.
Tak perlu compare pun sebab no point comparing.
Ia bukan tentang mana satu yang lebih baik, tapi mana satu yang sesuai dengan level kewangan kita.
Inilah tugas Financial Planner. We plan according to your financial state.
Comments